Currently viewing the tag: "compaq"

 

 

HP mempunyai tiga produk untuk pasaran Malaysia termasuk EliteBook x360, Pro x2 612 G2 dan Z2 Mini Workstation yang sesuai untuk persekitaran pejabat moden sekarang.

EliteBook x360 menjadi laptop boleh pusing ternipis di dunia yang mempunyai bateri mampu beroperasi hingga 16 jam 30 minit selain dilengkapi inovasi keselamatan HP Sure Start Gen3 iaitu BIOS pulih sendiri dengan perlindungan ‘run-time’ memori.

Kenipisannya membolehkannya dibawa ke mana saja sesuai bagi pekerja mudah alih yang mahukan peranti boleh dipercayai ketika bekerja.

Satu lagi produk, HP Pro x2 612 G2 mempunyai kelainannya tersendiri apabila laptop dengan monitor boleh cabut 2-dalam-1 ini disasarkan kepada pekerja sektor perkhidmatan, kerajaan, kesihatan dan peruncitan.

Ia beroperasi dengan bateri sehingga 11 jam dan peranti selamat terbabit datang dengan pembaca kad serta slot SSD boleh tukar.

HP Z2 Mini Workstation pula menjadi stesen kerja mini pertama di dunia yang menawarkan kuasa gred pelayan dalam saiz kompak 2.3 inci iaitu 90 peratus lebih kecil berbanding CPU biasa berbentuk menara.

INFO

HP ELITEBOOK X360

• Harga: RM5,099

• Skrin: 13.3 inci UHD Corning Gorilla Glass

• Kenipisan: 14 .95mm

• Port: 2 x USB3.0, USB Type C, HDMI, port microSD

• Mod: Boleh pusing 360 darjah

• Pemprosesan: Intel Core i7

• OS: Wi ndows 10 Pro

• Memori: Sehingga 16GB DDR4

 

HP PRO X2 612 G2

• Harga: RM3,199

• Pemprosesan: Intel Core i5-7Y54

• Memori: 8 GB DDR3L-1866 SDRAM

• Cakera keras: 25 6GB HP Z Turbo Drive PCIe SSD

• Tanpa wayar: In tel Dual Band Wireless-AC 8265 802.11 a/b/g/n/ac (2×2) Wi-Fi and Bluetooth 4.2 Combo (non-vProT), HP lt4120 LTE/EVDO/HSPA+ NGFF Gobi 4G with GPS

• OS: Windows 10 Pro

• Skrin: 12 inci FHD

 

HP Z2 MINI WORKSTATION

• Harga: RM5,720

• CPU: Intel Core i7

• Grafik:Intel HD Graphics

• Storan: 256GB Z Turbo Drive, 1TB SATA HDD

• RAM: 32GB